Head Line :
Home » » ungkapan hati KARMILA binti MARKUM

ungkapan hati KARMILA binti MARKUM

Penulis : Unknown on Kamis, 17 Januari 2013 | 05.34


. Andai lelaki tahu ...
Apabila seorang perempuan jatuh cinta, ..
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya ..
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya .....

Andai lelaki tahu ...
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, ..
itu bukan bermakna dia lemah, ..
tetapi dia sedang mencari kekuatan ..
untuk terus tabah mencintai lelaki itu....

Andai lelaki tahu ...
Apabila seorang perempuan marah, ..
memang dia tidak mampu menjaga perasaannya ..
tapi percayalah, itulah maknanya ..
dia sangat mencintai dan menyayangi lelaki itu ....
Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bertengkar ..
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, ..
semakin pula banyak pertengkaran yang terjadi ...

Andai lelaki tahu ...
Apabila perempuan berbicara banyak, ..
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda risau, ..
tapi dia mau agar lelaki itu mengenalinya dengan lebih dekat. ...

Andai lelaki tahu ...
Apabila perempuan berkata dia mau anda berubah, ..
itu bukan bermakna dia tidak mau menerima anda seadanya, ..
tetapi dia mau menjadikan anda lebih baik, ..
bukan untuk dirinya, ..
tetapi untuk masa depan anda ...

Andai lelaki tahu ...
Apabila perempuan cemburu dan tidak percaya terhadap anda, ..
bukan bermakna dia tidak sayang ..
tetapi dia terlalu sayang akan anda ..
dan masih menganggap anda anak kecil ..
yang masih memerlukan sepenuh perhatiannya ...

Kadang-kadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, ..
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi ..
Naluri keibuannya sangat kuat ..
Dia hanya mau yang terbaik untuk anda ...

Andai lelaki tahu ...
Apabila perempuan merajuk, ..
jangan kata dia lebay ..

Dia bukannya mau dibujuk dengan uang atau hadiah, ..
tetapi cukup dengan perhatian ..
yang bisa membuat perempuan merasa dihargai ...

Andai lelaki tahu ...
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, ..
itu tidak bermaksud dia tidak mencintai ..
tetapi dia mau lelaki itu merasai sendiri cintanya, ..
bukan hanya hadir dari kata-kata ..
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya ...

Andai lelaki tahu ...
Apabila perempuan berkata dia rindu sama kamu, ..
dia benar-benar bermaksud demikian adanya ..
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di matanya ...

Andai lelaki tahu ...
Apabila perempuan berkata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, ..
jangan percaya kata-katanya ..
kerana dia hanya ingin menguji kamu ..

Dia mau melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya ..
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya ...
Selagi dia dengan kamu, percayalah, ..
walaupun perempuan menganggap masih ada lagi yang lebih baik di matanya ..
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik ...

Andai lelaki tahu ...
Apabila perempuan selalu membuat sebal,
dia bukan bermaksud untuk membuat sebal ..
tapi dia mau melihat ..
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan sikapnya ..
Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut ...
Andai tahu caranya, ..
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat ...

Andai lelaki tahu ...
Apabila perempuan berkata, ..
.. “tolong tinggalkan saya!”, ..
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya ...

Dia hanya mau menenangkan fikirannya sebentar saja ..
Apabila dia kembali tenang .,
percayalah dia akan mencari anda lagi ..

Itu tandanya dia benar-benar mencintai anda ..
Perempuan sukar untuk menjaga perasaan ..
Dia terlalu emosional ...
Tapi dialah yang paling menyayangi anda ..
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda ...

Andai lelaki tahu ...
Sesungguhnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbedaan yang unik ...

Tetapi sekiranya mereka saling memahami, ..
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan ..
Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali ...

Di balik air matanya, ..
tersimpan seribu satu kekuatan ..
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa tenang dan damai bersamanya ...

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah ..
tapi dia punya kekuatan tersendiri ..
yang bisa menggoncang dunia ..
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah karenanya ...

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda ..
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan saja ..
tetapi dia juga ada kekuatan untuk mendukung anda ..
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna ...

Dialah yang bakal menjadi perempuan hebat di samping anda, ..
isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda ...

... Sungguh bahagia insan yang telah menemukan cinta sejatinya .. ibarat tasbih & benang pengikatnya, terajut menjadi satu untaian yang selalu disentuh satu demi satu oleh insan mulia yang bibirnya basah akan cinta kepada Rabbnya ...



POST:  KARMILA BINTI MARKUM
Share this article :
 

Copyright © 2011. dolapdolop | kumpulan puisi dan lagu . All Rights Reserved.
Design Template by dpdp | Support by creating website | Powered by Blogger