| Isu murtad
bukan hanya di Malaysia, tapi turut berlaku di Indonesia,Kontroversi
terbaru yang terjadi di kalangan dunia hiburan Indonesia apabila berita
tiga artis mereka dikatakan telah menukar agama atau murtad.
pinkan mambbo
Salah seorang daripada artis tersebut
dikatakan penyanyi. Penyanyi yang popular dengan lagu “Kekasih Yang Tak
Dianggap” itu sudah dua kali menukar agama, perkara tersebut telah
disahkan sendiri oleh ibunya, Deetje. Deetje yang kecewa dengan tindakan
yang dibuat oleh anaknya itu memberitahu bahawa dia belum pernah
melihat Pinkan ke gereja, namun dia memberitahu bahawa anaknya itu sudah
mula belajar agama lain.
Pinkan atau nama sebenarnya Pinkan
Ratnasari Mambo dikatakan telah berubah dengan mendadak sejak
kebelakangan ini. Menurut Deetje, dia merasa seperti kehilangan anak
namun hanya berserah pada yang maha berkuasa.
“Anak merupakan kurniaan Tuhan dan kita tidak boleh mencintai anak 100 peratus kecuali pada Yang Maha Pencipta,”ujar Deetje.
Rianthi
Rhiannon Cartwright.
Yang kedua pula adalah artis yang
terkenal dengan watak Aisha dalam filem “Ayat-Ayat Cinta”, Rianthi
Rhiannon Cartwright. Dia turut dikatakan telah menukar ke agama kristian
apabila berkahwinan dengan Alfoncius Dapot Parulian Nainggolan atau
lebih dikenali dengan Cas. Perkahwinan mereka dilangsungkan di Gereja
Old St Patrick, New York Amerika Syarikat. Cerita ini diketahui apabila
risalah gereja tersebut tersebar dan memperlihatkan wajah bintang pengacara MTV itu.
Pengurus kepada Rianthi enggan
mengesahkan perkara tersebut, sebaliknya memberitahu bahawa dia tidak
tahu mengenai perkara tersebut dan menjelaskan bahawa dia hanya berhubung dengan Rianthi hanya atas urusan kerja.
Adi mencadangkan agar mendapatkan
pengesahan daripada paderi di gereja tersebut namun pihak mereka juga
enggan memberi kerjasama.
Happy Salmah/Jero Happy Salma Wanasari
Artis paling terbaru yang didakwa murtad
adalah Happy Salmah atau nama sebenarnya Jero Happy Salma Wanasari. Dia
dikatakan telah memeluk agama Hindu kerana mahu berkahwin dengan teman
lelakinya, Tjokorda Bagus yang berketurunan raja.
Happy yang merupakan seorang model dan pelakon filem dikatakan telah menjalani satu upacara pindah agama Hindu dimana dalam upacara yang dinamakan Sudhi Wadani.
Upacara yang diadakan di Villa Ibah,
Ubud Indonesia adalah sebagai pengesahan ucapan atau janji seseorang
yang secara tulus ikhlas menyatakan menganut agama Hindu.
Upacara itu adalah antara syarat yang
harus dituruti apabila seseorang mahu berkahwin mengikut adat Hindu.
Mereka kemudiannya telah melangsungkan perkahwinan di Puri Saren Kauh,
Ubud yang kemudiannya diikuti dengan majlis di Sukabumi.
Happy turut memberitahu bahawa dia tidak mahu bercakap secara terbuka mengenai status agamanya.
Isu masyarakat Islam di Indonesia, baik
lelaki mahupun wanita yang menukar agama lain untuk berkahwin dengan
pasangan masing-masing adalah perkara biasa sejak era Sukarno dan Suharto kerana mendakwa ulama berkata ia dibolehkan.